“Dengan bangganya doktor tu masuk rumah saya” - Jumpa resit hotel, suami nurse curang dedah derita 8 bulan - Viral | mStar

“Dengan bangganya doktor tu masuk rumah saya” - Jumpa resit hotel, suami nurse curang dedah derita 8 bulan

Aiman bersama isterinya, Intan semasa disatukan pada 2017.

PEMUDA yang membelasah seorang doktor selepas kantoi curang dengan isterinya tampil menjelaskan situasi sebenar mengenai insiden itu.

Pemuda tersebut, Aiman Ariff Ahmad Amirudin berkata dia bertindak memukul doktor tersebut selepas amaran supaya tidak lagi bertemu isterinya dikenali sebagai Intan, 28, tidak diendahkan.

"Saya belum gila nak pukul orang sebab saya tak pernah ada rekod jenayah sebelum ini. Tapi siapa tak marah kalau dengan bangganya doktor tu masuk rumah saya.

"Mula-mula wife cakap (doktor) masuk ke dalam rumah untuk solat... tapi takkan solat selama tiga jam? Saya juga pernah warning doktor tu pada 19 September lalu minta jangan jumpa wife saya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor dibelasah di klinik, suami skandalnya diam-diam balik dari Dubai - “Mimpi my brother in law jadi kenyataanlah”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami nak ‘outstation’ naik pangkat, isteri dalam pantang sanggup packing barang - “Selepas balik tiba-tiba dia baik lain macam...”

"Saya call dia dari Dubai. Tengok-tengok saya dapat video bukti mereka masih lagi berjumpa sehari selepas saya call dia. Apa awak rasa?" soalnya.

Insiden berlaku sekitar pukul 3 petang Jumaat.

Aiman turut menafikan dakwaan bahawa dia jenis cemburu buta dan kerap menuduh bukan-bukan terhadap isterinya.

"Dakwaan tu tak betul. Seorang suami yang jauh sentiasa akan bertanya, ambil berat isteri sebab saya tak ada di sisi dia.

"Tapi mungkin bagi dia ambil berat dan pertanyaan itu adalah trust issue. Bagi saya itu cara seorang suami menyayangi isterinya.

"Saya tak rasa ini isu jealous tetapi curang... isteri orang curang dengan suami orang. Mana keadilan saya seorang yang dianiaya," katanya.

Tipulah saya tak sayang isteri saya lagi. Tapi menipu itu adalah pilihan. Jangan pernah salahkan orang lain kerana itu pilihan awak.

AIMAN ARIFF AHMAD AMIRUDIN.

Dakwa Aiman lagi, dia menyedari isterinya ada hubungan sulit dengan doktor tersebut sejak lapan bulan lalu.

"Sejujurnya isteri saya dah curang dekat lapan bulan. Saya dapat tahu pun dari mak mentua saya kerana dia tidak mahu bersubahat.

"Isteri minta cerai sejak dari awal tahun lagi. Dia juga pernah block nombor telefon saya selama tiga bulan. Waktu tu dia sedang hangat bercinta dengan doktor tu tapi saya tak ada bukti ketika itu.

Paparan skrin mesej Aiman dan isterinya.

"Sebab tu saya berdiam diri dan bertanya mana salah saya. Selepas solat istikharah Alhamdulillah semua terbongkar. Saya ada semua bukti. Access card keluar masuk, video CCTV, video pengakuan mereka berdua termasuklah resit hotel," katanya.

Ditanya apa yang dilakukan terhadap isterinya selepas hubungan sulitnya itu terbongkar, pemuda berusia 31 tahun itu berkata dia cuma berharap agar isterinya itu insaf.

"Saya tak pukul dia. Dayus kalau lelaki pukul perempuan. Macam mana jahil pun jangan pukul perempuan. 

"Tipulah saya tak sayang isteri saya lagi. Tapi menipu itu adalah pilihan. Jangan pernah salahkan orang lain kerana itu pilihan awak," katanya.

Dalam pada itu, Aiman mengaku tindakannya menyerang doktor berkenaan adalah keterlaluan kerana terlalu marah.

"Saya tak cakap apa saya buat tu betul. Sebab tulah lepas pukul doktor tu saya sendiri ke balai untuk serah diri," katanya.

Aiman memukul doktor tersebut kerana tidak endah dengan amarannya sebelum ini.

Sementara itu, Aiman turut berkata bahawa adik isterinya turut menafikan mengeluarkan kenyataan mempertahankan kakaknya itu di Twitter.

"Saya dapat mesej dari adik kedua wife beritahu tidak tahu-menahu mengenai tweet yang tular di Twitter. Setahu saya dia tak ada Twitter.

"Kalau tweet tu adik dia yang buat takkan mak mentua dan adik-beradik wife mesej bagi semangat dekat saya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian daripada doktor berkenaan yang mendakwa di pukul sewaktu berada di kliniknya. 

Laporan diterima pada pukul 3.45 petang Jumaat dan pihak polis sedang melakukan siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian. 

"Kes disiasat di bawah Seksyen 323 serta 506 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan melakukan ugutan jenayah," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian bolehlah berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Fahrul Anuar di talian 014-3700870.

doktor , belasah , isteri , kantoi , curang

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain