"Jika nampak bapa saya di London, tolong ambil gambar dia"

Posting Khairina mengenai bapanya mencuri perhatian netizen sehingga menerima lebih 6,000 retweet.

PETALING JAYA: Perkongsian seorang gadis di laman Twitter mengenai bapanya yang sedang berada di London ternyata mencuri perhatian netizen.

Malah, rata-rata pelayar laman sosial menyifatkan perkongsian itu sebagai situasi yang sering berlaku dalam kalangan ibu-bapa mereka juga.

"Rakan-rakan saya di London jika anda ternampak lelaki ini, Encik Fikri please tolong ambilkan gambar my bapa, kesian dia," tulis Siti Khairina Mohd Fikri sehingga menerima lebih 6,000 ulang kicau (retweet)

Menerusi tweet itu juga, dia memuat naik beberapa gambar bapanya yang dianggap mencuit hati, seperti kebanyakan ibu-bapa lain yang kurang mahir berswafoto.

Siti Khairina sewaktu dihubungi mStar Online pada Rabu menjelaskan, bapanya, Mohd Fikri Mohd Bakri, 55, berangkat ke London pada minggu lalu untuk bercuti dan menghadiri sebuah persidangan di Ireland.

Paparan skrin tweet Khairina mengenai bapanya.

"Dia bercuti ke London dari minggu lepas dan pergi berseorangan sahaja ke sana. Hari ini (Rabu) dia dah ada di Cork, Ireland untuk persidangan.

"Saya kongsi di Twitter sebab kesian, dia pergi sana, asyik hantar gambar selfie banyak-banyak, tak ada pun gambar OOTD di sana.

"Dia pun ada bawa kamera baharu ke sana sebab dia memang suka kumpul kamera. Tapi mungkin dia tak minta tolong sesiapa ambilkan gambar dia, jadi dia selfie jelah," ujar Khairina.

Tambah Khairina lagi, dia juga tidak menyangka perkongsian itu akan tular dan menerima perhatian ramai.

Malah, kebanyakan netizen turut membanjiri ruangan komen tweet itu dan berkongsi mengenai kisah swafoto bapa mereka.

Antara beberapa siri perkongsian gadis itu mengenai swafoto bapanya.

"Ayah saya pun sama suka selfie dan dan gambar mesti shaking ataupun dahi berkerut," tulis @AisyaZainal.

"Sama. Abah aku amik gambar, handphone kat perut. Jadi dari angle bawah memang nampak lubang hidung je la," tulis @KellKHI.

"Ayah saya kadang pun macam ni. Ingat pergi seorang padahal dengan kawan tapi semua gambar selfie sendiri dengan signature building. OH MY DAD," tulis @irraizdihar.

"Aaa kesiannya pakcik. Tapi papa saya pun macam tu jugak. Pelik dan berkerut muka dia selfie," tulis @nazaeqin.

Sementara itu, Khairina berkata, dia juga ada memaklumkan kepada bapanya yang juga seorang pesara mengenai kisah dirinya yang sedang tular di laman Twitter.

Bapanya juga dijangka akan berada di sana selama beberapa hari lagi sebelum berangkat pulang ke tanah air pada minggu hadapan.

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain