suria

Tunku Azizah terkejut disekat Rafizi di Twitter, "Kenapa? Pelik sungguh!"

Tunku Azizah dan Tengku Mahkota Pahang ketika meraikan majlis perkahwinan puteri mereka baru-baru ini. - Foto Twitter @cheminahsayang

PETALING JAYA: Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terperanjat apabila baginda disekat daripada mengikuti perkembangan bekas ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli di Twitter.

Isteri kepada Tengku Mahkota Pahang Tuanku Abdullah Sultan Ahmad Shah itu mendakwa baginda tidak mengikut akaun ahli politik PKR itu sebelum ini.

"Saya tidak ikut politik dan tidak 'follow' @rafiziramli. Semalam (Khamis), saya sengaja nak baca 'tweet' Rafizi.

"Terperanjat saya kerana dia sekat saya. Kenapa? Pelik sungguh!" tulis Tunku Azizah menerusi posting di Twitter pada petang Jumaat sambil menyertakan gambar paparan skrin baginda disekat.

Posting Tunku Azizah itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata berpendapat ahli politik tersebut tidak sengaja berbuat demikian terhadap baginda.

Seorang pelayar Twitter @queentypo664 berkata, mungkin pentadbir akaun Twitter Rafizi menyangka akaun Tunku Azizah merupakan akaun palsu kerana sering memuat naik posting secara bersahaja.

Paparan skrin menunjukkan akaun Twitter Tunku Azizah yang disekat oleh Rafizi.

"Saya rasa admin dia ingat Tuanku 'fake' sebab cara Tuanku ''tweet' selama yang saya nampak dan baca, Tuanku memang sempoi," tulisnya.

Seorang lagi pengguna Twitter @dr_ishakjohari dilihat turut bersetuju dengan teori tersebut.

"Mungkin pentadbir akaun @rafiziramli ingat Twitter Tuanku 'fake' agaknya," kata pemuda itu.

Sementara itu, @ariffeuer berkata: "Mohon saudara Rafizi 'unblock' (membuka sekatan) Tuanku... tiada sebab untuk sekat pun."

Isteri kepada Tengku Mahkota Pahang itu gemar berinteraksi dengan pengikutnya di Twitter, selain berkongsi tip berkaitan makanan.

Baginda yang senang dengan gelaran Che Minah Sayang itu juga memiliki lebih 17,000 pengikut di Twitter.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Tunku Azizah, Rafizi Ramli

Artikel Lain