suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Diabaikan selepas tiba di Malaysia, pekerja Bangladesh menang tuntutan lebih RM1 juta

Seramai 733 pekerja Bangladesh berjaya menuntut lebih RM1 juta selepas mereka diabaikan oleh majikan.

SERAMAI 733 pekerja Bangladesh yang diperdaya untuk bekerja di Pengerang, Johor akhirnya berjaya menuntut lebih RM1 juta gaji tidak dibayar daripada majikan mereka.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Kementerian Sumber Manusia (KSM) berkata kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama untuk pembayaran gaji berjumlah RM1,035,557.50.

“Kes ini membabitkan pekerja asing yang dibawa masuk secara sah ke negara ini tetapi tidak diberikan pekerjaan sebaik tiba di negara ini dan kemudian diabaikan.

“Mana-mana majikan yang didapati bersalah dalam perkara ini akan disenaraihitamkan oleh pihak berkuasa, dan kuota mereka untuk pekerja asing akan dibatalkan,” ujar KSM menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Menurut KSM, kumpulan pekerja itu akan dipadankan dengan majikan baharu melalui proses pertukaran majikan khas yang diuruskan oleh oleh jabatan buruh.

Pada 16 Januari, Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata 751 pekerja Bangladesh di Pengerang telah terkandas dan menganggur di negara ini selepas mereka ditipu oleh majikan untuk memasuki Malaysia.

Pekerja itu kemudiannya dilaporkan memfailkan tuntutan RM2.21 juta untuk gaji yang tidak dibayar daripada majikan mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain