suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rogol anak hingga bersalin, bapa durjana ditahan selepas 3 bulan 'hilang'

Merogol adalah satu jenayah. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki yang merogol anaknya sehingga melahirkan anak ditahan pasukan polis di tepi jalan Kampung Kelemak Dalam di Melaka, selepas tiga bulan melarikan diri.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah berkata, lelaki berusia 38 tahun itu didapati melarikan diri apabila perbuatannya terbongkar susulan laporan dibuat seorang pegawai perubatan Hospital Melaka yang merawat anaknya pada Oktober 2023.

Beliau berkata, suspek yang mempunyai enam rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah dikatakan merogol anaknya sejak mangsa berusia 14 tahun.

Katanya, mangsa yang juga anak kedua daripada tiga beradik pada mulanya memaklumkan perutnya sakit sebelum dibawa oleh ibunya untuk pemeriksaan di Klinik kesihatan Durian Tunggal, pada 1.13 tengah hari, 11 Oktober tahun lalu.

"Hasil pemeriksaan, doktor mendapati mangsa mengandung dan dirujuk ke Hospital Melaka kerana di bawah umur.

"Ibu mangsa memaklumkan mahu membuat buku mengandung sebelum doktor melakukan pemeriksaan dan mendapati anaknya mengandung 19 minggu.

"Mangsa memberitahu dia dirogol oleh bapanya sebelum doktor berkenaan membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Zainol berkata, mangsa tahu dirinya hamil namun tidak tahu apa yang boleh dilakukan sebelum mengadu sakit perut kepada ibunya.

"Dia selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 5 Februari lalu kira-kira pukul 1 tengah hari di Hospital Melaka," katanya.

Sementara itu, Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman membenarkan suspek direman tujuh hari bermula di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain