suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2 anggota polis ditahan kes samun

Dua anggota yang ditahan berpangkat Asisten Superintendan (ASP) dan sarjan. -Gambar hiasan

DUA anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes samun di Kuala Nerus, Terengganu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, dua anggota berkenaan berpangkat Asisten Superintendan (ASP) bersama seorang sarjan.

Menurutnya, penahanan itu dibuat susulan laporan yang dibuat seorang pengadu pada Sabtu lalu, membabitkan kerugian bernilai RM5,150.

"Pengadu memaklumkan dibawa kedua-dua suspek ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di Wakaf Tembesu, Kuala Nerus pada 1 Februari lalu untuk mengeluarkan duit sebanyak RM5,000.

"Identiti kedua-dua suspek berjaya dikenal pasti hasil siasatan pihak polis melalui pengecaman gambar terhadap suspek dan rekod kamera litar tertutup (CCTV) sebelum membawa kepada penahanan mereka," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Mazli berkata, suspek pertama direman selama tujuh hari manakala suspek kedua pula direman selama empat hari bagi siasatan lanjut.

Jelasnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain