suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pangkah betul-betul, jangan buat undi rosak… Selamat memilih rakyat Malaysia!

Pengundi mula beratur untuk buang undi. Foto: Chai Boon Kai

HARI yang dinanti-nanti akhirnya tiba!

Sebanyak 8,958 pusat mengundi dan 38,348 saluran mula dibuka pada pukul 8 pagi Sabtu bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ia bagi membolehkan seramai 20,853,681 pengundi menentukan mandat Malaysia untuk tempoh lima tahun akan datang.

Pengundi yang layak dinasihatkan supaya keluar mengundi mengikut masa yang digalakkan seperti mana tercatat pada aplikasi MySPR Semak.

Walau bagaimanapun pengundi boleh keluar membuang undi mengikut kelapangan masa dari pukul 8 pagi hingga 6 petang bagi semenanjung dan 7.30 pagi hingga 5.30 petang bagi Sabah dan Sarawak.

Bagi pengundi muda berumur 18 tahun ke atas (Undi 18), anda diingatkan agar membawa bersama MyKad.

Anda juga dinasihatkan untuk mematuhi semua arahan dan langkah yang ditetapkan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan tidak berlaku sebarang kesilapan yang mengakibatkan kertas undi rosak.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain