suria

Pemimpin PN hadiri pertemuan dengan Muhyiddin

Kenderaan yang membawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memasuki perkarangan Bangunan Perdana Putra bagi menghadiri perjumpaan khas bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Foto: Bernama

PEMIMPIN daripada komponen Perikatan Nasional (PN) dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada petang Rabu.

Kenderaan yang membawa beberapa pemimpin daripada komponen parti pemerintah itu dilihat mula memasuki bangunan Perdana Putra sekitar pukul 4 petang.

Difahamkan pertemuan itu bagi memeterai konsensus untuk mengekalkan sokongan terhadap Muhyiddin yang juga Pengerusi PN.

Antara yang dikenal pasti hadir adalah Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dilapor berkata, usaha memeterai konsensus berkenaan disebabkan semua ketua parti PN berpandangan Muhyiddin masih lagi mempunyai sokongan majoriti untuk kekal sebagai perdana menteri dengan kerajaan sedia ada masih dianggap sah.

PN dianggotai oleh Pas, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Maju Sabah (SAPP) selain Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) manakala MCA dan MIC yang menyertai gabungan itu menerusi Barisan Nasional (BN) dijangka turut menghadiri perjumpaan itu. - SINAR HARIAN

Artikel Lain