suria

Ada sebab Belanjawan 2021 masih dibentang di Parlimen, bukan secara maya... Ismail Sabri beri pencerahan

Belanjawan 2021 akan dibentangkan di Parlimen pada 6 November ini.

SESI pembentangan Belanjawan 2021 akan terus dilakukan di Parlimen pada Jumaat, 6 November ini, meskipun kes Covid-19 di negara ini masih mencatatkan angka peningkatan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini bermakna Belanjawan 2021 tidak dapat dilakukan secara maya.

Malah kata beliau, Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 terus diadakan seperti biasa di dalam Dewan Rakyat di Parlimen.

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya mohon maaf" - Ras Adiba, keluarga tunggu keputusan saringan selepas adik disahkan positif Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN: Pegawai Senator positif Covid-19, sidang Dewan Rakyat dipendekkan

Berikut adalah antara sebab-sebab Belanjawan 2021 tidak dapat dilakukan secara maya:

1. Tertakluk kepada Perlembagaan dan peraturan Parlimen.

2. Berdasarkan peraturan Parlimen, pengundian berkaitan dengan belanjawan perlu dilakukan di dalam Parlimen, tidak boleh dilaksanakan di luar Parlimen.

3. Perbahasan mengenai Belanjawan 2021 akan dibuat untuk keseluruhan belanjawan di Parlimen mengikut peraturan perbahasan sebelum diluluskan.

Beliau berkata demikian pada sidang media, petang Isnin ketika ditanya sama ada Belanjawan 2021 boleh dibentangkan secara maya, berikutan dilaporkan kakitangan kepada ahli Dewan Negara yang disahkan positif Covid-19.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, prosedur operasi standard (SOP) yang ketat ditetapkan sepanjang sidang Dewan Rakyat di Parlimen, termasuk sesi pembentangan Belanjawan 2021.

Antara SOP tersebut adalah semua ahli Parlimen dari Sabah perlu menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari dan semua ahli Parlimen perlu menjalani ujian swab Covid-19.

"Selain itu, Parlimen tidak lagi dibuka kepada orang ramai, hanya ahli Parlimen bersama dua pegawai sahaja dibenarkan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain