suria

41 kes baharu positif Covid-19, tiada kematian pada Isnin

Malaysia merekodkan 41 kes baharu positif Covid-19 pada Isnin. Foto: Bernama

PERKEMBANGAN mengenai wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 41 kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,494 kes setakat Isnin.

Daripada 41 kes baharu yang telah dilaporkan, tiga merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan daripada 38 kes penularan dalam negara, 32 kes melibatkan individu bukan warganegara manakala enam kes rakyat tempatan.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 973 kes di mana pesakit telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: OKT Depoh Tahanan Bukit Jalil korban ke-121 Covid-19, hanya 8 kes baharu direkodkan

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada pertambahan kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Isnin, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kekal 121 kes.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 121 kes," katanya pada sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), petang Isnin.

Setakat Isnin, 54 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 7,400 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Selain itu, empat kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM

Artikel Lain