suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki berusia 61 tahun kelar teman wanita, anak direman seminggu

Gambar hiasan.

SUSPEK yang mengelar teman wanitanya direman seminggu bermula semalam hingga 29 Jun ini untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, lelaki berusia 61 tahun itu ditahan reman di Hospital Pulau Pinang ketika menerima rawatan.

"Dia akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata tajam," katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, suspek mengelar teman wanitanya dan anak lelaki wanita berkenaan di hadapan sebuah rumah di Bandar Baru, Air Itam selepas bergaduh dipercayai bermotifkan cemburu.

Mangsa, Oung Lay Eng, 55, yang baru pulang ke rumah bertengkar dengan suspek selepas wanita itu dituduh mempunyai teman lelaki lain.

Namun anak lelaki mangsa, Chung Chang Qin, 21, cuba masuk campur dengan mempertahankan ibunya sebelum berlaku pergelutan antara mereka sehinggakan kedua-dua beranak itu cedera di bahagian leher.

Polis menerima laporan kejadian itu daripada adik mangsa selepas dia mendapati kakak dan anak saudaranya terbaring akibat kecederaan yang dialami. - Sinar Harian

kelar, teman wanita, cemburu

Artikel Lain