suria

Pelancong Malaysia cedera dalam gempa di Taiwan meninggal dunia

Pasukan penyelamat cuba menyelamatkan mangsa yang terperangkap di Taroko Gorge National Park pada 18 April lalu.

PELANCONG Malaysia yang cedera di Taroko Gorge National Park di Taiwan pada 18 April lalu, Choo Yip Chean meninggal dunia lewat Sabtu malam.

Perkara itu disahkan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu kenyataan pada Ahad.

Saifuddin berkata beliau telah bercakap dengan anggota keluarga Choo bagi menyampaikan ucapan takziah dan simpati.

"Kementerian Luar, menerusi Malaysian Friendship and Trade Centre di Taipei sedang membantu keluarga Choo untuk mengendalikan segala urusan yang perlu,” kata Saifuddin.

Beliau berkata, Kementerian Luar meminta media dan orang ramai agar menjaga perasaan anggota keluarga berkenaan pada saat-saat melalui ujian ini.

Ingatan dan doa kami untuk keluarga dan rakan-rakan mendiang, kata Saifuddin.

Menurut laporan, Choo sedang melakukan aktiviti kembara di Lushui Trail di Taroko National Park di Hualien bila daerah itu mengalami gempa dengan kekuatan magnitud 6.1. - BERNAMA

Artikel Lain