suria

IMU Bukit Jalil terima ancaman bom, 2,500 pelajar diarah keluar

Sejak ditubuhkan pada 1992 ini kali pertama IMU menerima ancaman sedemikian

POLIS mengesahkan sebuah universiti swasta di Bukit Jalil, Kuala Lumpur menerima panggilan mengenai satu ancaman bom, pada kira-kira pukul 2 petang ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pasukannya mengambil tindakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) berkenaan ancaman itu.

“Perkembangan semasa akan dimaklumkan kemudian," katanya ketika dihubungi pemberita.

Sementara itu, Naib Presiden Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Christy Chiu, ketika ditemui berkata, kira-kira 2,500 pelajar telah diarahkan keluar selepas pihak universiti menerima ancaman bom itu.

“Kami mendapat ancaman bom itu pukul 1.10 tengah hari sebelum menghubungi pihak polis tentang panggilan itu.

“Berdasarkan pemerhatian kami, polis mencari ancaman itu selama kira-kira tiga jam... dan kini mereka (polis) dah sahkan tempat ini selamat daripada ancaman bom,” katanya.

Difahamkan, sejak ditubuhkan pada 1992 ini kali pertama IMU menerima ancaman sedemikian.- BERNAMA

IMU, ancaman bom

Artikel Lain