suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RON95 dan diesel kekal, RON97 naik 1 sen

Senarai harga terbaharu itu diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada Jumaat

HARGA runcit petrol RON97 naik satu sen seliter kepada RM2.81 seliter bagi tempoh 27 April hingga 3 Mei.

Kementerian Kewangan, dalam kenyataan pada Jumaat berkata, harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal, masing-masing pada kadar RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh berkenaan.

"Anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh 27 April hingga 3 Mei adalah berjumlah RM133.62 juta,” menurut kementerian itu.

Ia menarik perhatian bahawa berdasarkan pengiraan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 sepatutnya naik satu sen seliter daripada RM2.50 seliter kepada RM2.51 seliter, dan bagi diesel naik dua sen seliter daripada RM2.46 seliter kepada RM2.48 seliter.

Namun, Kementerian Kewangan berkata harga runcit petrol RON95 dan diesel dikekalkan bagi tempoh berkenaan selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.- BERNAMA

Artikel Lain