suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yun Peng anak baik, dengar kata...

MOEY Yun Peng seorang anak yang baik dan mendengar kata, itulah luahan seorang ahli keluarga mangsa kemalangan maut di Jambatan Pulau Pinang, Ahad lalu.

Individu yang enggan dikenali itu berkata, Yun Peng ada memaklumkan kepada ibunya sebelum mendiang menghadiri sambutan hari jadinya di pulau.

ARTIKEL BERKAITAN: "Biarkan adik saya pergi dengan tenang, ibu bapa saya sangat sedih" - Abang Moey mohon hentikan spekulasi

"Dia ada bagi tau kepada mak yang dia nak pergi sambut hari jadi di pulau, memamg kalau ke mana pun dia akan beritahu keluarga.

"Mendiang seorang anak yang baik dan sentiasa mendengar kata, kehilangannya merupakan satu ujian kepada kami sekeluarga, kami amat sedih dengan apa yang berlaku," katanya.

Beliau berkata, upacara pengebumian akan dijalankan esok.

Terdahulu dalam kejadian awal pagi Ahad, mangsa yang berusia 20 tahun yang sedang memandu kereta SUV Mazda CX-5 putih di Jambatan Pulau Pinang terhumban ke laut akibat dirempuh sebuah Toyota Vios.- Sinar Harian

Artikel Lain