suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes tuntutan palsu RM500,000: Adun Terengganu bergelar Datuk direman

Adun di Terengganu bergelar Datuk (tengah) berusia 54 tahun direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bernilai RM500,000 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, Isnin.

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu bergelar Datuk direman tiga hari bermula Isnin bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berjumlah RM500,000 pada Mei tahun lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Noradila Ab Latif bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Suspek tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Tinggi, Sesyen dan Majistret kira-kira pukul 9.40 pagi.

Turut berada di mahkamah adalah penyokong suspek yang hadir memberi sokongan.

Terdahulu suspek berusia 54 tahun dikatakan mengemukakan tuntutan berjumlah RM500,000 kepada sebuah penjabat tanah dan daerah di Terengganu bagi perbelanjaan 32 program yang dijalankan di kawasan Dewan Undanan Negeri sedangkan program itu dipercayai tidak dilaksanakan.

Pada Ahad, Pengarah SPRM Terengganu, Mohd Zaki Hassan mengesahkan penahanan suspek ketika dipanggil memberi keterangan di Pejabat SPRM Terengganu kira-kira pukul 5 petang.

Sebelum ini, seorang pegawai daerah berusia 59 tahun dan pengerusi majlis belia berusia 38 tahun masing-masing ditahan pada 13 Januari dan 8 Januari lalu direman bagi membantu siasatan kes sama.-Sinar Harian



Adun, Terengganu, SPRM

Artikel Lain