suria

Tuntutan palsu RM500,000, Adun ditahan SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu menahan seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM500,000 pada bulan Mei lepas.

Menurut sumber SPRM, ADUN itu ditahan pada kira-kira pukul 5.00 petang Ahad di Pejabat SPRM Terengganu ketika hadir untuk memberi keterangan.

Katanya ADUN itu dikatakan mengemukakan tuntutan palsu kepada pejabat daerah dan tanah di sebuah daerah bagi perbelanjaan 32 program yang dijalankan di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

Bagaimanapun, program itu dipercayai tidak dilaksanakan.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu esok untuk permohonan reman.-- BERNAMA

Adun, SPRM

Artikel Lain