suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia tak import tepung protein darah babi dari China

Gambar fail Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam. Foto MOHD SAHAR MISNI

PUTRAJAYA: Malaysia tidak mengimport tepung protein darah babi dari China bagi kegunaan pemprosesan makananan haiwan di dalam negara.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam menegaskan bahawa pihaknya telah mengeluarkan arahan larangan pengimportan babi hidup dan produk sejuk beku babi sejak 18 September lalu.

"Ini adalah berikutan kejadian African Swine Fever yang berlaku di negara China," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Selasa lalu, laporan akhbar The Asian Age telah menyatakan pihak berkuasa China telah mengesan virus African Swine Fever dalam tepung protein yang dihasilkan dari darah babi yang digunakan dalam penghasilan makanan haiwan di Huizhou, Guangdong. - Bernama

Artikel Lain