Hasrat Hafiz bawa ibu bapa tunai umrah tak kesampaian - Semasa | mStar

Hasrat Hafiz bawa ibu bapa tunai umrah tak kesampaian

"SAYA tak sangka, perlumbaan hari ini betul-betul menjadi yang terakhir buat dia."

Demikian kata Nurhan Md Nayan, 22, rakan karib kepada pelumba CP150, Mohd Hafiz Nor Azman yang meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ketika pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Bandar Penawar, Johor, Ahad.

Nurhan berkata, ketika menghadiri satu majlis kenduri, minggu lalu, Mohd Hafiz, 22, yang kini menduduki tangga ketiga keseluruhan CP150 sering menyebut bahawa perlumbaan disertai di Johor ini yang terakhir buatnya.

"Banyak kali dia sebut, ini ‘last race’ aku, setiap kali kami bersembang mengenai perlumbaan motosikal, dia akan tekankan ayat ‘last race’ itu.

"Mulanya saya dan rakan lain anggap perkara biasa, tapi hari ini, baru kami faham, ada maksud yang dia nak sampaikan," katanya.

Nurhan berkata, Mohd Hafiz juga ada mengatakan mahu melakukan yang terbaik pada kejuaraan ini bagi mengumpul mata mengekalkan kedudukan di tempat ketiga.

"Kami tahu dia sudah buat yang terbaik," katanya ketika ditemui di kediaman keluarga Mohd Hafiz di Kampung Serdang Permai, Simpang Pulai di sini.

Sementara itu, kakak Mohd Hafiz, Nor Shaziela, 30, terkilan, apabila hasrat anak ketiga daripada empat beradik itu untuk membawa ibu bapa mereka menunaikan umrah, Januari depan tidak kesampaian.

Gambar kenangan... Mohd Hafiz (tengah) bersama ahli keluarga pada Aidilfifri lalu.

“Sebelum perlumbaan lagi arwah beberapa kali cakap mahu nak pergi umrah bersama dan sudah siap buat persiapan.

"Dia cakap lepas habis semua ni, perkara pertama dia nak buat nak pergi umrah, nak bawa mak dan ayah, itu memang hajat dia," katanya.

Menurutnya, Mohd Hafiz yang baru tamat menjalani latihan amali sepatutnya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) di Politeknik Ungku Omar, Ipoh sesi depan.

Pelumba berusia 22 tahun dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha - CKJ Racing itu memulakan perlumbaan hari ini di petak pertama.

Bagaimanapun, pada pusingan terakhir perlumbaan, berlaku insiden kemalangan yang meragut nyawa pelumba berkenaan.

Jenazah yang berada di Hospital Kota Tinggi, Johor dibawa pulang untuk urusan pengkebumian, Isnin.-SinarHarian





Hafiz , Cup Prix

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain