suria

Sistem pendidikan: Mana lebih zalim, kerajaan BN atau PH?

Kenyataan terbaharu itu dibuat menerusi laman Facebook Datuk Seri Najib Tun Razak.

SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan perbezaan kerajaan dahulu dengan kerajaan PH hari ini apabila menyentuh sistem pendidikan negara.

Melalui catatan di Facebooknya, Najib berkata, sebelum ini PH mengatakan kerajaan BN zalim terhadap anak muda. Pendidikan dilaungkan sepatutnya percuma, PTPTN patut dihapuskan.

“Malah turut diumumkan sebagai janji mereka untuk mengatasi inisiatif Transformasi Nasional 2050 (TN50) kerajaan BN yang begitu meluas dan terancang,” katanya.

Najib berkata, malangnya, apabila ditanya mengenai janji PH di Dewan Rakyat petang tadi Menteri Pendidikan , Dr Maszlee Malik menjawab bahawa tiada rancangan untuk pendidikan percuma kerana pendidikan sudah hampir percuma.

“Menteri kata, pendidikan peringkat rendah dan menengah kerajaan adalah percuma. Pengajian tinggi juga hampir percuma yang mana pelajar hanya perlu membayar 10 peratus daripada kos operasi. Kos 10 peratus itu juga ditanggung kerajaan menerusi biasiswa dan secara tidak langsung menerusi PTPTN. Pembayaran balik juga boleh dirunding mengikut kemampuan peminjam.

“Bukankah itu yang kerajaan BN dahulu melakukan juga? Apa bezanya? Pendidikan rendah dan menengah juga percuma sekarang kerana kerajaan BN yang mansuhkan semua bentuk bayaran dan yuran bermula tahun 2012,” katanya.

Najib menambah, bak kata orang lencun terus, mereka yang sebelum ini berharapan apabila mendengar jawapan rasmi menteri pendidikan PH hari ini mengenai janji-janji dan hasutan PH dahulu.-Sinar Harian.

Datuk Seri Najib Razak

Artikel Berikut

Artikel Lain