suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harga rumah sehingga 10 peratus lebih rendah dengan pengecualian SST - Guan Eng

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Mereka yang berhasrat untuk memiliki rumah kini boleh menarik nafas lega, apabila kos rumah baharu dijangka menurun antara lima dan 10 peratus.

Ia berikutan pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dalam perkhidmatan pembinaan dan kos bahan binaan.

"Kita menetapkan pengecualian itu kerana kita mahu meningkatkan sektor hartanah. Kita berharap untuk melihat penurunan dalam harga rumah baharu," kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kepada pemberita di Parlimen, Selasa.

"Jika tidak, kita akan mempertimbangkan untuk mengenakan semula SST (terhadap pemaju)," tambahnya.

Bagaimanapun, Guan Eng berkata, diskaun tersebut hanya terpakai kepada rumah yang baru dilancarkan dan tidak termasuk projek perumahan kos rendah.

"Bagi unit kediaman yang telah dibina, anda perlu tunggu sehingga pembentangan Belanjawan 2019 pada Jumaat ini," katanya. - The Star

Lim Guan Eng, SST

Artikel Lain