suria

Rosmah diikat jamin RM2 juta

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen pada Khamis menetapkan Datin Seri Rosmah Mansor diikat jamin RM2 juta setelah dia mengaku tidak bersalah atas 17 tuduhan pengubahan wang haram.

Dia didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Pasukan pendakwaan dibarisi oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram dan Ahmad Akram Gharib manakala Rosmah diwakili Datuk K.Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram Vincent.

Hakim Azura Alwi turut membenarkan wang jaminan dibayar secara berperingkat dengan RM100,000 dijelaskan pada Khamis.

Baki jaminan selebihnya perlu dilunaskan sebelum 11 Oktober ini.

Selain ikat jamin, Rosmah turut diarahkan untuk menyerahkan pasport dan tidak mengganggu mana-mana saksi berkaitan kes tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Rosmah tiba di mahkamah, pakai baju kurung oren

Terdahulu, isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu tiba di Mahkamah Sesyen kira-kira pukul 8.27 pagi Khamis.

Rosmah hadir menaiki kenderaan rasmi SPRM dengan diiringi pegawai suruhanjaya itu bagi dibacakan pertuduhan terhadapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Doa Najib buat Rosmah

Beliau memakai baju kurung warna oren dan selendang rona sedondon

Rosmah ditahan pada pukul 3.20 petang Rabu selepas lima jam memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya untuk sesi ketiga.

Beliau juga bermalam di lokap SPRM selepas ditahan.

Rosmah Mansor, SPRM

Artikel Lain