Sila kemuka bukti jika polis lesapkan RM43.3 juta - Semasa | mStar

Sila kemuka bukti jika polis lesapkan RM43.3 juta

KUALA LUMPUR: Dakwaan mengatakan polis melakukan penyelewengan sebanyak RM43.3 juta daripada RM114 juta berkaitan rampasan di Pavilion Residences, Bukit Bintang yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap sebagai tuduhan berat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, dakwaan tersebut mencalar kredibiliti pasukan memandangkan kes berkenaan merupakan kes berprofil tinggi.

Katanya, setiap tindakan yang diambil dilaksanakan dengan teliti dan turut melibatkan pihak pengurusan Pavilion Residences dan Bank Negara Malaysia.

“Ianya bagi mengelakkan sebarang pertikaian di kemudian hari.

“Malah semua pegawai dan anggota yang dipilih untuk menjalankan penggeledahan dan rampasan telah ditaklimatkan dengan terperinci oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh bagi memastikan mereka menjalankan tugas mengikut lunas undang-undang,” katanya melalui kenyataan media, Isnin.

Sehubungan itu beliau berkata, mana-mana individu yang mempunyai bukti mengatakan polis melakukan penyelengan itu tampil membuat laporan polis.

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau bukti kukuh bagi menyokong dakwaan yang dimaksudkan di minta membuat laporan polis agar siasatan dapat dijalankan. Tindakan ini wajar bagi membersihkan nama dan imej Polis Diraja Malaysia,” katanya.-SinarHarian

Fuzi , Najib , Pavilion

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.