suria

KJ kritik ucapan dasar Zahid

KUALA LUMPUR: Pendirian Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam menentukan hala tuju parti dilihat belum jelas.

Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, ucapan dasar Ahmad Zahid semalam tidak menentukan sama ada Umno ingin menjadi pembangkang atau membentuk kerajaan perpaduan.

"Beliau kata, kita mahu melawan PH tetapi kemudian beliau mengeluarkan kenyataan untuk membentuk kerajaan perpaduan.

"Anda perlu jelas jika anda memimpin parti. Tidak boleh berkata seolah-olah mahu menjalin kerjasama dengan PH tetapi hari ini kata nak lawan," katanya kepada media selepas ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2018, malam Sabtu.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden Umno, Datuk Ser Mohammad Hassan mempunyai pandangan berbeza dengan Khairy.

Katanya, ucapan Ahmad Zahid cukup jelas dan bergantung kepada pendengar untuk memahami dasar itu.

"Kita mahu menjadi pembangkang yang kritikal, tetapi kenapa perlu kita tolak jika ditawarkan kerajaan perpaduan?" katanya. - Sinar Harian

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain