suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Syukur, 'I am Ok'", ucap Rosmah selepas hampir 13 jam rakam keterangan

PUTRAJAYA: Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selesai memberi keterangan hampir 13 jam berada di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak pagi Rabu.

Rosmah yang dihampiri pemberita kelihatan tenang dan sempat mengucapkan rasa syukur setelah selesai proses tersebut kira-kira jam 10.40 malam.

"Syukur, I am Ok. Alhamdulillah," katanya ringkas.

Sementara itu, Peguam, Datuk K Kumarandrean memaklumkan anak guamnya telah selesai memberi keterangan dan tidak perlu hadir semula untuk memberi keterangan.

Kumaraendran bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengapa proses merakam keterangan Rosmah mengambil masa yang panjang.

Rosmah, 66, berbaju kurung dan selendang hijau tiba pada jam 9.50 pagi dengan menaiki Proton Perdana berwarna gelap bagi memberi keterangan berkaitan isu 1MDB.

Rosmah hadir dengan ditemani dua peguamnya, Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram Vincent.Ini kali kedua Rosmah dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM untuk memberi keterangan.

Kali pertama adalah 5 Jun lalu.Kira-kira 30 petugas media dari dalam dan luar negara yang menunggu seawal jam 8 pagi, masih belum berganjak dari lobi bangunan SPRM sehingga kini.

Terdahulu, sebuah akhbar melaporkan, Rosmah bakal berdepan dengan 20 pertuduhan jenayah dalam masa terdekat selepas siasatan yang bermula dua tahun lalu itu dilengkapkan.

Siasatan terhadap Rosmah dibuka semula sejak tiga bulan lalu sejurus BN ditumbangkan dalam PRU 14 9 Mei lalu.-Sinar Harian

Artikel Lain