suria

PRK Balakong: 8 September hari mengundi

Othman Mahmood.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 September ini sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

Timbalan Pengerusinya, Tan Sri Othman Mahmood berkata, hari penamaan calon pula ditetapkan pada 18 Ogos ini.

Kerusi DUN Balakong kosong selepas penyandangnya Ng Tien Chee meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 11.7 Lebuhraya Grand Saga pada 20 Julai lalu.

Tien Chee terbunuh selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan X-Trail dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori pencuci jalan menyebabkan mendiang maut serta merta di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Pada pilihan raya umum lalu, Tien Chee berjaya mengekalkan kerusi DUN Balakong untuk penggal kedua selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan PAS dengan majoriti 35,538 undi.

PRK DUN Balakong, SPR

Artikel Lain