suria

Shafee nafi fi guaman wakili Najib cecah RM2.4 juta

KUALA LUMPUR: Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menafikan dakwaan beliau menetapkan fi mencecah Rm2.4 juta bagi mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam berkata, pihaknya dapat mengumpul wang ikat jamin lebih RM500,000 daripada RM1juta yang ditetapkan mahkamah, bagaimanapun ia tidak mencukupi untuk menjelaskan fi guaman sebanyak RM2.4 juta.

"Tidak benar," demikian kata Muhammad Shafee menerusi mesej yang dikirim pada Isnin.

Minggu lalu, Najib mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa melibatkan dana RM42 juta yang mempunyai kaitan dengan SRC International Sdn Bhd yang juga anak syarikat 1MDB.

Ikat jamin sebanyak RM1juta dibenarkan terhadap bekas perdana menteri itu dengan dua penjamin.

Bayaran ikat jamin dibuat secara ansuran dan Najib meninggalkan kompleks mahkamah selepas menjelaskan RM500,000, manakala bakinya dilangsai pada Isnin.

Najib juga menyerahkan pasport miliknya.




Shafee, Najib, 1MDB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain