Teladan rakyat Jepun, Syed Saddiq pula kutip sampah di stadium - Semasa | mStar

Teladan rakyat Jepun, Syed Saddiq pula kutip sampah di stadium

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat kejutan sebaik tamat perlawanan akhir Piala FA di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sabtu malam.

Menyarungkan jersi Harimau Malaya kuning berjalur hitam, Ahli Parlimen Muar itu dilihat mengutip sampah di stadium berkenaan.

Menerusi video yang tular di media sosial, Syed Saddiq membawa plastik hitam besar mengutip sampah yang ditinggalkan penyokong di tempat duduk seperti bekas minuman dan tisu.

Jika sebelum ini, dengan membawa plastik hitam, penyokong berbaris sambil mengutip sampah dan hanya meninggalkan tempat duduk mereka sebaik bersih, selepas menyaksikan perlawanan Piala Dunia di Rusia.

Youtube malaysianviral.com

Rata-rata netizen memuji tindakan Syed Saddiq, malah ada yang mengucapkan tahniah kepada menteri paling muda dalam sejarah negara.

“YB (Yang Berhomat) Syed Saddiq bukan sekadar YB, tetapi juga pendidik, kutip sampah untuk ajak orang lain kutip sampah, bukan duduk pejabat saja,” kata pengguna Twitter @najdiunic.

“Syed Saddiq bukan nak berlakon depan kamera tapi dia nak tunjuk contoh melalui teladan dekat masyarakat supaya kutip sampah lepas perlawanan. Kalau bukan Menteri Belia dan Sukan yang jadi teladan, siapa lagi yang nak buat? Kau? Jadi keyboard warrior boleh lah,” ujar @arepeacekeem.

Bagaimanapun, kehadiran Syed Saddiq di Stadium Bukit Jalil bukan sekadar untuk mengutip sampah semata-mata, tetapi turut bersama puluhan ribu penyokong bola sepak bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara Selangor dan Pahang.

Pahang merangkul kejuaraan Piala FA buat kali ketiga setelah menewaskan juara lima kali, Selangor, 2-0.

Dua gol pasukan Tok Gajah menerusi aksi pemain Nor Azam Abdul Azih pada minit ke-23, dan dihadiahkan penalti pada minit ke-61 selepas pertahanan Selangor, Alfonso De La Cruz menjatuhkan Agustine Iwuji sebelum Patrick Cruz tenang menyempurnakannya.

Syed Saddiq , Piala FA

Artikel Sebelum

Dulu ibu terlanjur, kini anak pula

Artikel Berikut

Akaun derma bantu Najib dibekukan

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Hotel di Makkah hangus dijilat api