suria

Akaun derma bantu Najib dibekukan

Najib Tun Razak.

PETALING JAYA: Akaun bank Umno Bahagian Pekan yang diwujudkan untuk mengumpul dana bagi membayar ikat jamin Datuk Seri Najib Tun Razak telah dibekukan.

Laman Facebook "Pejabat YAB Ahli Parlimen Pekan" memuatr naik status mengenai akaun itu, untuk membuat kutipan bagi membantu kos guaman dan ikat jamin bekas perdana menteri itu telah dibekukan.

"Transaksi tidak dapat dilakukan. Bagi sesiapa yang ingin menyumbang secara tunai boleh menghubungi nombor yang tertera di bawah," menurut status itu. 

Sementara itu, Malay Mail memetik Ketua Wanita Umno Pekan, Datuk Zalmah Abdul Rahman sebagai berkata akaun tersebut disedari beku pukul 7 pagi Sabtu.

Bagaimanapun, tabung derma bantuan kepada bekas perdana menteri yang dikendalikan oleh bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii masih beroperasi.

Razlan dalam Twitternya menulis, akaun sumbangan Belia Berkhidmat untuk Tabung Solidariti Najib masih beroperasi seperti biasa, tidak dibekukan, malah akan dibuka sehingga jam 12 tengah hari Isnin nanti.

Setakat pukul 5 petang Jumaat, dana itu telah mengumpul derma berjumlah RM223,908.

Derma itu bertujuan membantu Najib membayar baki wang ikat jamin berjumlah RM500,000 pada Isnin ini.

Najib Tun Razaj, akaun derma

Artikel Lain