suria

Zahida dipilih Ketua Puteri Umno

Zahida Zarik Khan. Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

KUALA LUMPUR: Datuk Zahida Zarik Khan disahkan menjadi Ketua Puteri Umno yang baharu.

Beliau yang berusia 39 tahun memenangi dalam saingan satu lawan satu dengan Nor Hazreena Mohamad Hashim untuk  memimpin sayap itu bagi penggal 2018-2021.

Perkara itu diumumkan menerusi akaun twitter pemilihan Umno di @pemilihanumno2018 pada pagi Ahad.

Ketua Puteri Umno Bahagian Pandan itu sebelum ini merupakan Naib Ketua Puteri.

Perwakilan daripada 191 Bahagian Umno menunaikan tanggungjawab masing-masing mengundi bagi memilih kepimpinan ketiga-tiga sayap parti itu, dengan didahului mesyuarat perwakilan bermula pagi Sabtu.

Zahida Zarik Khan, Puteri Umno

Artikel Lain