suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketua Polis Negara tidak dipecat

KUALA LUMPUR: Meskipun timbul desas-desus mengenai pembersihan secara besar-besaran di Bukit Aman, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun masih lagi kekal sebagai Ketua Polis Negara.

Beliau masih lagi menjalankan tugas seperti biasa, kata sumber.

"Beliau masih lagi ketua polis negara dan bekerja seperti biasa.

"Beliau pastinya tidak meletak jawatan atau diganti," kata sumber kepada The Star.

Sumber itu berkata Mohamad Fuzi tetap menjalankan tugas rasminya menerajui Bukit Aman.

Terdahulu, Singapore Straits Times memetik sumber mendakwa akan berlaku pembersihan dalam pasukan tersebut pada Julai dengan 'beberapa ketua' dijangka digugurkan termasuk ketua polis negara.

“Ya, gempa 8.5 Richter akan berlaku Julai ini,” kata sumber.

Spekulasi itu timbul kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) mahu melakukan pembersihan dalam organisasi tersebut.

Tiga jabatan yang dikhabarkan akan dimansuhkan ialah Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG), Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING).

Menurut sumber, ketiga-tiga jabatan itu disyakati terlibat dalam rasuah untuk melindungi jenayah yang sepatutnya dibasmi mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain