suria

Harga petrol, diesel kekal

PETALING JAYA: Harga baharu petrol RON95, RON97 dan diesel kekal bermula tengah malam ini.

Berdasarkan maklumat di laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), harga RON95 kekal iaitu RM2.20 seliter manakala RON97 dijual dengan harga RM2.47 seliter.

Diesel juga kekal pada harga RM2.18 seliter.

Harga baharu itu diumumkan pada petang Rabu dan akan berkuatkuasa sehingga Rabu depan.

Mekanisme pengumuman harga bahan api secara mingguan berkuat kuasa sejak April tahun lalu.

petrol

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain