Isa tidak dicalon, Syamsul Debat tanding DUN Sikamat - Semasa | mStar

Isa tidak dicalon, Syamsul Debat tanding DUN Sikamat

Shamsul Debat

SEREMBAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya selama tiga penggal sejak 2004 pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

Menteri Belia dan Sukan yang juga Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Penasihat Politik  kepada Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Shaziman Abu Mansor masing-masing kekal mempertahankan kerusi Parlimen Rembau dan Parlimen Tampin.

Kerusi Parlimen Rembau disandang Khairy selama dua penggal sejak 2008 manakala Shaziman di Parlimen Tampin  selama empat penggal sejak 1999.

Mohamad mengumumkan bahawa Duta Besar Malaysia ke Kemboja Datuk Seri Hasan Malek juga dicalonkan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Pilah yang disandangnya selama tiga penggal sejak 2004.

BN turut mencalonkan muka baharu iaitu personaliti  program motivasi dan keagamaan, Syamsul Amri  Ismail, 41, atau lebih popular sebagai Syamsul Debat untuk bertanding di kerusi DUN Sikamat, katanya pada majlis  penyerahan  watikah kepada calon-calon BN di Kediaman Rasmi Menteri Besar pada Isnin.

Pemangku  Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang juga Ketua Umno Bahagian Port Dickson (sebelum ini Telok Kemang) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad pula tidak dicalonkan untuk mempertahan kerusi Parlimen Jempol.

Sebaliknya, muka baharu iaitu Ketua Umno Bahagian Jempol yang juga bekas Anggota Dewan Negara Datuk Mohd Salim Sharif@Mohd Sharif dicalonkan bertanding kerusi berkenaan pada PRU14.

BN Negeri Sembilan turut mengekalkan 15 penyandang kerusi DUN iaitu Mohd Razi Mohd Ali (Sungai Lui), Datuk Shamsulkahar Mohd Deli (Serting), Datuk L. Manickam (Jeram Padang), Datuk Abu Ubaidah Redza (Ampangan), Datuk Abdul Samad Ibrahim (Seri Menanti), Datuk Norhayati Omar (Pilah), Datuk Hasim Rusdi (Labu),  Mohd Ghazali Abd Wahid (Paroi), Datuk Zaifulbahri Idris (Chembong), Datuk Seri Dr Awaludin Said (Kota), Datuk Tun Hairudin Abu Bakar (Bagan Pinang), Datuk Abdul Rahman Mohd Redza (Linggi), Datuk Abdul Razak Ab Said (Gemas) dan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (Gemencheh).

Selain Syamsul Debat dan Mohd Salim, BN negeri juga menyenaraikan 17 muka baharu termasuk Parlimen Rasah yang akan ditandingi Pengerusi Biro Perundangan MCA Ng Kian Nam dan Parlimen Seremban yang ditandingi Ketua Pemuda MCA Datuk Chong Sin Woon.

Bagi kerusi DUN pula, seramai 16 muka baharu dicalonkan iaitu Syamsul Amri (Sikamat), See Tee Gee (Chennah),Norazmi Yusof (Pertang), Datuk Baharuddin Jali (Klawang), Mustapha Nagoor (Palong), Chong Wan You (Bahau), Mazalan Maarop (Lenggeng), Leaw Kok Chan (Nilai), Lim Kok Kean (Lobak), Saiful Yazan Sulaiman (Johol), Mak Kah Keong (Bukit Kepayang), Yap Siok Moy (Rahang), Ho Choy Sin (Mambau),Yeong Kun You (Lukut), R. Thinalan (Sri Tanjung),  dan Koh Kim Swee (Repah).

Selain itu, penyandang kerusi DUN Senaling yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Pilah Datuk Ismail Lasim ditukarkan ke DUN Juasseh sekali gus mengesahkan bekas penyadang Datuk Mohammad Razi Kail tidak dicalonkan pada PRU kali ini.

Tempat Ismail pula digantikan dengan Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Pilah Datuk Adnan Abu Hassan manakala penyandang DUN Pertang Datuk Jalaluddin Alias bertukar ke kawasan Parlimen Jelebu dan kerusi itu diambil alih oleh Norazmi.

Pada pilihan raya umum kali ini, Umno bertanding di lima kerusi Parlimen dan 22 kerusi DUN, MIC satu Parlimen dan dua DUN, MCA dua Parlimen dan 10 DUN manakala Gerakan dua DUN.

Negeri Sembilan mempunyai lapan kerusi Parlimen dan 36 DUN.

Pada PRU13, BN menguasai 22 kerusi DUN dan lima Parlimen merangkumi Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

Sementara itu, Mohamad yang juga Menteri Besar dan Pengerusi Badan  Perhubungan Umno Negeri Sembilan menasihatkan semua calon berkenaan supaya bekerja keras dan bersatu padu demi kemenangan BN pada PRU14.

“Calon kali ini merangkumi muka lama dan muka baharu. Kenalah turun padang dan berjumpa seramai mungkin pengundi, perkenalkan diri khususnya bagi muka baharu...muka lama pula, janganlah rileks. Kita kena perbaharui mandat yang diberikan kepada kita,” katanya.

Bagi yang tidak dipilih, Mohamad menasihatkan supaya mereka membantu membawa kemenangan calon BN seperti yang pernah dibuat oleh akar umbi ketika membantu mereka mereka pada pilihan raya yang lepas.- Bernama

Negeri Sembilan , PRU , Calon

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini