suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima Penuntut Malaysia Kemalangan Di Ireland

Kedutaan Malaysia di Dublin. - Laman web Kementerian Luar

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan lima penuntut Malaysia yang sedang belajar di National University of Ireland di Galway terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Jumaat (9 Mac) lepas ketika sedang menuju ke Galway dari sebuah pekan kecil iaitu di Letterkenney.

Kementerian itu menerusi kenyataan berkata kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan pada 6 petang waktu tempatan itu dikejarkan ke Mayo General Hospital di Castlebar untuk menerima rawatan.

"Tiga mangsa dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan telah dibenarkan pulang, manakala dua lagi masih dirawat," katanya.

Bagaimanapun kedua-dua mangsa tersebut dilaporkan stabil.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Luar melalui kedutaan besarnya di Dublin, Ireland akan terus memantau keadaan mangsa serta menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya. - Bernama

penuntut Malaysia

Artikel Lain