suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abdul Halim Hembus Nafas Terakhir Di Kediaman Anak

SHAH ALAM: Anggota Dewan Diraja Selangor, Datuk Abdul Halim Abdul Rauf (gambar), 79, meninggal dunia pada pukul 8.35 pagi Sabtu di kediaman anaknya di Petaling Jaya dekat sini.

Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais berkata Abdul Halim yang pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Imigresen, meninggal dunia akibat penyakit kanser.

"Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam selepas solat asar dan dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam.

"Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Noralis Abdullah dan tiga orang anak lelaki," katanya dalam satu kenyataan.

Semasa hayatnya, Abdul Halim pernah dilantik menjadi Anggota Jemaah Pengampunan Negeri Selangor serta Anggota Majlis Agama Islam Selangor.

Selain memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Imigresen, Abdul Halim juga pernah menjawat pelbagai jawatan tinggi lain, antaranya sebagai Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri, Timbalan Setiausaha Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. - Bernama

Artikel Lain