“Selepas Tawaran Datuk, Berdebar Pasal Video Pula” - Semasa | mStar

“Selepas Tawaran Datuk, Berdebar Pasal Video Pula”

Yus Amina Mohd Zawizah.

PETALING JAYA: Kontroversi baju berinsipirasikan Hello Kitty yang tersebar tahun lalu tidak mematahkan semangat usahawan kosmetik ini untuk membuat kejutan di awal 2018.

Sebuah video muzik dimuat naik di laman sosial YouTube pada Sabtu menunjukkan usahawan yang lebih dikenali sebagai Kakak Hello Kitty ini menyanyi lagu teman kartun itu mengikut gerak bibir (miming) sambil menari.

Berdurasi satu minit dan 44 saat, video bertajuk "Lagu Hello Kakak Hello Kitty Malaysia & Koleksi Hello Kitty" turut memaparkan suami dan anak perempuannya.

Yus Amina Mohd Zawizah, 27, berkata, video itu turut dimuat naik di akaun Facebooknya pada Sabtu selepas menerimanya daripada pihak produksi dua hari lalu.

Namun kata Yus Amina yang lebih dikenali sebagai Afina, beliau pada awalnya berasa berdebar menantikan penerimaan orang ramai terhadap video tersebut.

“Dalam video ni saya bukan saja miming, tetapi juga menari. Saya fikir banyak kali tapi selepas dua hari saya dah tak ambil kisah dengan kecaman.

“Selain mendapat tawaran pihak produksi untuk terlibat dalam video ini, tujuan video ini hanyalah untuk menghiburkan pengikut saya termasuk penggemar Hello Kitty,” katanya kepada mStar Online pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Murah Rezeki Kakak Hello Kitty

Suami dan anak perempuan Afina turut serta di dalam video muzik itu.

Mengenai video tersebut, Afina berkata, terdapat beberapa adegan yang membabitkan suaminya terpaksa dipotong.

“Ada adegan suami turut ‘miming’ dan menari bersama saya. Tapi atas kehendak suami, adegan tersebut dipotong.

“Suami menyokong untuk turut serta dalam rakaman video ini cuma dia minta supaya tidak terlalu menonjol,” tambah beliau.

Afina berharap video muziknya dapat membuatkan orang ramai terutama dalam kalangan pengikut Hello Kitty terhibur.

Ditanya sekiranya ada tawaran menyanyi lagu sendiri selepas ini, Afina memberitahu, dia perlu mempertimbangkannya dan berbincang dengan suami sebelum membuat sebarang keputusan.

“Selepas hal baju Hello Kitty, tawaran Datuk Z, sekarang saya berdebar pula pasal video. Tapi biarlah kita tunggu dulu penerimaan video ini macam mana. Saya sedia terima kritikan, tapi biarlah yang memberi sokongan.

“Walaupun bukan menyanyi betul-betul dalam video ini, tapi saya tahu ada ramai pengikut Hello Kitty bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Maaflah Datuk Z, Bayar Beribu Pun Saya Tak Nak”

Baru-baru ini, usahawan kosmetik ini dikejutkan dengan keputusannya untuk menjual enam baju Hello Kitty berharga RM50,000 kepada seorang ahli perniagaan.

Terdahulu, kisah Afina dan anak perempuannya berbaju raya Hello Kitty tular apabila seorang lelaki bergelar Datuk Z sanggup membeli baju berkenaan pada harga ribuan ringgit untuk anak perempuannya termasuk cucu yang menghidap kanser hati.

Hello Kitty , Yus Amina Mohd Zawizah

Artikel Sebelum

Empat Tahun, 19 Komplot Pengganas Gagal

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

10 Mat Lajak Kluang Ditahan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL