suria

GST: Rakyat Dah ‘Move On’

SHAH ALAM: Cukai barang dan perkhidmatan (GST) bukan lagi isu buat rakyat pada masa kini.

Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Dr Shazali Abu Mansor berkata, rakyat sudah boleh menerimanya dan bukan lagi menjadi masalah kepada rakyat.

“Kalau awal-awal dulu, mungkin orang suka nak cerita, tapi sekarang, dah lebih dua tahun, rakyat dah lali dengan GST dan ia pun dah masuk dalam senarai perbelanjaan mereka.

“Saya boleh katakan, rakyat dah boleh ‘move on’ dan mereka dah tak hairan lagi,” katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata, tidak ada apa yang boleh dilakukan terhadap GST ini lagi kerana ia adalah salah satu cara kerajaan mendapatkan pendapatan mereka.

Cukai yang dibayar itu pula akan dikembalikan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk inisiatif.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Othman Aziz berkata, jumlah hasil bersih kutipan GST bagi tempoh 1 Januari sehingga 30 September 2017 mencecah RM29.81 bilion.

Menurut beliau, bagi tahun 2017 kerajaan telah mengunjurkan kutipan GST sebanyak RM40 bilion.

GST mula dilaksanakan di negara ini sejak 1 April 2015 pada kadar 6 peratus menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) yang telah lama dilaksanakan sejak 1972 dan 1975.

Pelaksanaan cukai ini merupakan satu langkah dalam menyusun semula struktur percukaian negara supaya lebih telus, efisyen dan mesra peniaga.

GST

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain