suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enggan Tidur, Pengasuh Cubit Kemaluan Budak

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki mengadu dicubit di bahagian kemaluannya oleh seorang pengasuh di pusat penjagaan kanak-kanak kerana tidak mahu tidur, dakwa bapa mangsa.

Menurut bapanya, kesan kecederaan tersebut jelas kelihatan apabila nenek budak terbabit memandikannya sejurus pulang dari pusat jagaan kanak-kanak di Sungai Buloh kira-kira pukul 6 petang, 17 November lalu.

Bapanya berkata dia terkejut apabila menemui kesan lembam pada bahagian kemaluan anaknya itu.

"Ketika ditanya mengenai apa yang berlaku, dia kata pengasuh mencubit bahagian kemaluannya sebagai hukuman kerana enggan tidur pada tengah hari.

"Kami turut menghantar khidmat pesanan ringkas kepada pengasuh tersebut untuk bertanya mengenai perkara itu. Namun dia mendakwa tidak mengetahui mengenai kecederaan anak saya dan akan meneliti rakaman CCTV," kata bapa mangsa semasa sidang media di Wisma MCA dekat sini, Selasa.

Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, datuk dan nenek kanak-kanak terbabit bertemu dengan pengasuh tersebut.

Pengasuh berkenaan mendakwa kanak-kanak lelaki itu cedera ketika bermain bersama rakan-rakannya di pusat jagaan tersebut.

Namun ketika diugut dengan laporan polis, pengasuh terbabit mengakui kesalahannya dan merayu kepada keluarga tersebut supaya tidak mengambil sebarang tindakan.

cubit, kemaluan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

GST: Rakyat Dah ‘Move On’

Artikel Lain