suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Iskandar Puteri Bandaraya Kedua Johor

Sultan Ibrahim diiringi Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris memotong kek sempena hari keputeraan Baginda selepas majlis pengisytiharan MBIP pada Rabu. fotoBERNAMA

ISKANDAR PUTERI: Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) diisytiharkan secara rasmi sekali gus menjadikan Iskandar Puteri sebagai bandaraya ke-14 di Malaysia.

Ia juga menjadi PBT kedua dinaik taraf kepada bandaraya di negeri ini selepas Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan merasmikan majlis yang berlangsung di Medini Iskandar dekat sini pada Rabu.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata penubuhan MBIP membuktikan kepesatan pembangunan di kawasan tersebut.

Katanya, ia juga akan meningkatkan zon pembangunan Iskandar Malaysia.

Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri mahu melihat MBIP sebagai majlis perbandaran moden tetapi juga simbol sejarah Johor.

"Iskandar Puteri adalah nama lama pusat pentadbiran negeri yang dipindahkan dari Teluk Belanga di Singapura sebelum ditukar kepada Johor Bahru pada 1866.

"Nama itu hadir selepas Temenggung Daeng Ibrahim Iskandar tiba di Tanjung Puteri dan menemui lokasi pentadbiran yang baharu," katanya.

MBIP sebelum ini dikenali sebagai sebagai Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) yang diisytiharkan pada tahun 2001 selepas dinaik taraf dari Majlis Daerah Johor Bahru Tengah (MDJBT).

MBIP, Iskandar Puteri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain