suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Belum Boleh Sahkan' Tahanan Uighur Lari Ke Malaysia

KUALA LUMPUR: Malaysia belum ada pengesahan sama ada 20 lelaki etnik Uighur yang melarikan diri dari pusat tahanan Imigresen di Sadao, Thailand telah memasuki negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihak berkuasa Malaysia menerima maklumat mengenai perkara itu dari Thailand.

"Jika mereka sebenarnya di negara ini, pihak berkuasa Malaysia tahu bagaimana untuk mendapatkan mereka.

"Mereka masih bebas tetapi tiada pengesahan sama ada mereka berada di negara kita," katanya.


Kira-kira 20 etnik Uighur melarikan diri kira-kira pukul 2 pagi Isnin selepas didakwa menggali lubang di dinding pusat tahanan tersebut.

etnik Uighur, tahanan lari

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain