suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kakitangan AADK Ditahan Minta Suapan

Gambar hiasan.

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan seorang kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selepas disyaki meminta suapan sebanyak RM500 daripada seorang pengadu, Rabu.

Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Moh Samsudin Yusof berkata, wang suapan itu diminta daripada pengadu sebagai balasan menyelesaikan waran tangkapan kerana positif ujian saringan air kencing.

"Suspek yang berusia 50 tahun itu ditahan berdekatan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah di Tanah Merah pukul 5.35 petang tadi.

"SPRM Kelantan masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana memberi atau menawarkan suapan. - Bernama

SPRM, AADK

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

MP Cheras Diarah Keluar Dewan

Artikel Lain