Tian Chua Bebas 27 Oktober - Semasa | mStar

Tian Chua Bebas 27 Oktober

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Batu, Tian Chua akan dibebaskan pada 27 Oktober ini selepas selesai menjalani hukuman penjara selama sebulan di Penjara Kajang.

Peguamnya, N. Surendran berkata Tian Chua juga akan menghadiri sesi persidangan Parlimen yang dijadualkan bermula pada minggu depan.

"Beliau akan dibebaskan pada 27 Oktober dan sudah tentu akan menghadiri persidangan Parlimen," katanya ketika dihubungi Bernama.

Tian Chua didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 23 Januari 2014 kerana enggan mematuhi arahan  polis agar meninggalkan kawasan Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak pada 2.30 petang, 29 April 2012, sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0.

Mahkamah menjatuhi hukuman  penjara sebulan dan denda RM1,000.

Media sebelum ini melaporkan Tian Chua yang juga Naib Presiden PKR menarik balik rayuan terakhirnya berhubung sabitan dan hukuman terhadapnya.-- Bernama

Tian Chua

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tony Fernandes Pertahan Kru AirAsia

Artikel Berkaitan

Tian Chua Keluar Penjara

Lebih Artikel

Coklat tumpah, panggil bomba!

Mas Ermieyati sertai Bersatu