Sambut Merdeka Naik Kapcai Di London - Semasa | mStar

Sambut Merdeka Naik Kapcai Di London

Mohd Alfishahrin memuat naik video penstriman langsung di Facebook ketika dia tiba di depan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London. - Facebook

KUALA LUMPUR: Hajat sepasang suami isteri untuk menyambut Hari Kebangsaan di London akhirnya tercapai apabila mereka menamatkan misi menunggang  kapcai (motosikal berkuasa rendah)  di depan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di kota raya itu pada 31 Ogos, Khamis.

“Alhamdulillah. Sudah sampai di pejabat kedutaan (pesuruhjaya tinggi) setelah menempuh perjalanan selama 146 hari,” kata bekas pekerja bank Mohd Alfishahrin Zakaria, 31, yang ditemani isterinya Diana Latief, 30, melalui laman Facebook secara langsung petang Khamis.

Melalui video berdurasi kira-kira dua minit itu, mereka dilihat disambut beberapa pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London yang memberikan ucapan tahniah.

Pasangan suami isteri itu sebelum ini dilaporkan berhasrat mengibarkan Jalur Gemilang di London sebagai mengingati kemerdekaan Malaysia diperoleh hasil pemeteraian perjanjian di kota raya berkenaan.

Pasangan itu menjelajah 23 negara dengan sebuah motosikal berenjin 150cc melalui program inspirasi Anak Muda Bebas Dadah Persatuan Mencegah Dadah Malaysia Selangor  sejak 8 April lepas.

Mereka yang mendapat sokongan daripada beberapa syarikat permotoran antarabangsa seperti GIVI Malaysia, STT SPROCKET dan MYBIKERZ,  membelanjakan hampir RM40,000 untuk mencapai misi tersebut.

Pada 2015, Mohd Alfishahrin menunggang secara solo ke 1000 Corner di Chiang Mai, Thailand dan ini diikuti dengan misi solo ke tujuh sempadan negara iaitu Thailand, Myanmar, Laos, China, Vietnam, Kemboja dan Singapura pada 2016. - Bernama

Artikel Sebelum

Bunuh Polis:Tahan Suspek Dalam Pesawat

Artikel Berikut

Menu Seimbang Jemaah Wukuf

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

'Rapunzel' tak potong rambut 28 tahun

TH cadang letak had dana pendeposit

Coklat tumpah, panggil bomba!