suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perancang Perkahwinan Tular, Menipu Direman

KLANG: Seorang wanita dipercayai pemilik syarikat perancang perkahwinan  yang didakwa telah menipu lebih 100 mangsa  dan ditularkan, direman dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

Perintah reman ke atas wanita berusia 35 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret S. Nisha di Mahkamah Majistret Klang di sini, kira-kira 10.45 pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli ketika dihubungi Bernama, berkata suspek ditahan pada 4.20 petang semalam di Balai Polis Komuniti Seksyen 7, Shah Alam.

"Suspek ditahan susulan laporan seorang pengadu mendakwa ditipu selepas mendapati pejabat syarikat itu ditutup pada Selasa lalu dan gagal menghubungi pemiliknya.

"Mangsa dikatakan sudah membayar RM7,000 untuk majlis perkahwinan yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini," katanya.

Beliau berkata polis sedang mengenal pasti mangsa lain dan laporan mengenainya  dikumpul oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebatan.

Awal minggu ini,  satu rakaman video tular di media sosial  menunjukkan seorang wanita diserbu oleh kira-kira 100 individu yang mendakwa  diperdaya oleh syarikat suspek menerusi pakej perkahwinan yang ditawarkan, melibatkan kerugian hampir RM500,000.

Difahamkan mangsa yang terdiri daripada pengantin dan bakal pengantin terbabit meminta penjelasan daripada wanita itu yang didakwa gagal memenuhi  pakej perkahwinan dijanjikan termasuk sajian makanan, pelamin dan gambar perkahwinan.--Bernama

Shamsul Amar Ramli

Artikel Sebelum

Wow! Dia Seluk Mulut Buaya

Artikel Berikut

Artikel Lain