suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru Enggan Ke Kawasan Pedalaman

Anak-anak Orang Asli ini yang mendiami kampung-kampung sekitar tasik itu menggunakan sampan untuk berulang alik ke sekolah kerana kampung mereka jauh di kawasan pedalaman. - Bernama/Gambar hiasan

KEBANYAKAN guru pada hari ini didapati lebih gemar memilih untuk mengajar di kawasan bandar berbanding di kawasan pedalaman.

"Dulu, guru sanggup mengajar di mana sahaja termasuk di kawasan luar bandar, tetapi guru sekarang mahu kerja senang, tidak mahu mengajar di kawasan jauh-jauh," kata Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru Besar Malaysia, Wong Shee Fatt kepada China Press.

Katanya, guru dahulu apabila menerima arahan daripada kerajaan, mereka lebih berdedikasi kerana bersedia bertugas tidak kira dihantar ke kawasan mana.

Shee Fatt berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menasihati guru baharu belum disahkan dalam jawatan agar tidak memohon bertukar sekolah untuk mengikut pasangan masing-masing.

Bagaimanapun, kata Mahdzir, atas sifat simpati, keutamaan tetap diberikan kepada guru yang lebih lama bertugas dan tinggal berasingan daripada pasangan mereka.

Menurut Shee Fatt, kebanyakan guru yang memohon ditukar adalah disebabkan ingin menjaga ibu bapa yang sakit atau mahu bersama anak di kampung.

"Selain itu, ada yang memohon pertukaran disebabkan mahu bersama suami atau isteri dan tidak kurang juga mahu pulang ke kampung asal kerana mahu jimat wang," katanya. - Sinar Harian

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain