suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sesak Menjelang Wukuf

MAKKAH:Jutaan umat Islam dari seluruh pelosok  dunia membanjiri tanah suci di sini, menjelang wukuf pada Khamis ini.

Ketika mengerjakan tawaf pada jam 12.30 pagi waktu tempatan bersamaan 5 Zulhijah 1438 Hijrah, kawasan perkarangan Kaabah dan paras dua untuk bertawaf penuh sesak.

Kawasan Safa dan Marwah juga dibanjiri jemaah yang mahu menyempurnakan tawaf dan saie umrah bagi mereka yang melaksanakan haji tamatuk.

Jenaah haji yang memilih haji ifrad melaksanakan tawaf qudum atau tawaf selamat datang serta saie haji.

Lazimnya, jemaah dinasihatkan agar mengehadkan aktiviti luar beberapa hari sebelum wukuf untuk memastikan mereka berkeadaan sihat serta bertenaga untuk beribadat.

Wukuf di Arafah adalah rukun haji kedua dan disifatkan sebagai kemuncak ibadat haji.

Ketika ini tetamu Allah bagi musim haji tahun ini bersiap sedia menanti hari wukuf Khamis ini.

Sebahagian besar jemaah dari Malaysia akan berangkat ke padang Arafah pada Rabu untuk bermalam di dalam khemah sebelum wukuf pada esoknya.

Jemaah pula dijadualkan berangkat ke Arafah pada 9 Zulhijah.

Ketika ini, pengisian kerohanian dikendalikan pembimbing haji,  dalam usaha memantapkan lagi fizikal dan mental setiap jemaah.

Makkah, Safa, Marwah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain