suria

Kanak-Kanak Dipercayai Didera, Meninggal Dunia

Kanak-kanak lelaki yang didera ibu angkat meninggal dunia pada tengahari Selasa. - Gambar hiasan

JOHOR BAHRU: Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan kritikal selepas dipercayai didera ibu bapa angkatnya, dekat sini, Isnin, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat, tengahari Selasa.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahid Musa berkata Muhammad Al Fateh Abdullah, 21 bulan (setahun sembilan bulan), menghembuskan nafas terakhir kira-kira 12.45 tengah hari.

Allahyarham yang dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak HSNI pada petang Ahad lepas telah bergantung kepada alat bantuan pernafasan sebelum ini.

Abdul Wahid dalam satu kenyataan di sini berkata bedah siasat akan dilakukan dalam masa terdekat bagi mengetahui punca kematian. - Bernama

Muhammad Al Fateh Abdullah

Artikel Sebelum

Mai Pekena 'Ayaq' Sarbat

Artikel Berikut

Artikel Lain