suria

Budak Lelaki Kritikal, Disyaki Didera Ibu Bapa Angkat

JOHOR BAHRU: Seorang bayi yang dikejarkan ke hospital selepas didakwa menderita akibat sawan dipercayai didera ibu bapa angkatnya.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, budak lelaki berusia setahun sembilan bulan itu telah dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail oleh ibunya pada 5 Julai lalu.

"Rekod hospital itu menunjukkan bayi itu telah dimasukkan ke hospital untuk kali ke tiga dan ia menimbulkan tanda tanya di kalangan kakitangan perubatan hospital itu," katanya pada Isnin.

Beliau berkata, budak itu disyaki didera selepas ada kesan luka lama dan baharu pada tubuhnya.

"Pemeriksaan teliti terhadap budak itu mendapati tangan kanannya retak dan ketika ini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Ibu bapa angkatnya yang berusia 30 dan 34 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut," katanya sambil menambah budak lelaki itu kini dibawah perlindungan pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Setakat ini, budak lelaki itu masih dalam keadaan kritikal.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain