suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Maut Ketika Bantu Mangsa Kemalangan

JOHOR BAHRU: Sekumpulan lelaki pada mulanya berhasrat untuk membantu mangsa kemalangan.

Namun niat baik itu bertukar tragedi apabila dua daripada mereka pula yang maut manakala tiga lagi parah akibat dirempuh sebuah kereta di Km 10, Jalan Johor Bahru-Air Hitam di sini awal pagi Sabtu.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai S. Logess, 29, dan R. Surendran yang kedua-duanya bekerja di Singapura.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Mohd Taib Ahmad berkata kejadian berlaku pada 4.15 pagi ketika sekumpulan lelaki yang menaiki motosikal berhenti di tepi jalan untuk membantu mangsa kemalangan dan mengalihkan kenderaan yang terlibat.

“Bagaimanapun kemudian datang sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun yang merempuh sebahagian daripada mereka," katanya.

Susulan rempuhan itu, kereta tersebut dilaporkan terbabas ke kiri jalan dan melanggar pula sebuah kenderaan lain. - BERNAMA

maut, kemalangan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain