Kreatif Tidak Bertempat Ancam Nyawa - Semasa | mStar

Kreatif Tidak Bertempat Ancam Nyawa

Contoh mercun dan bunga api yang kerap digunakan oleh kanak-kanak apabila tiba musim perayaan. - Gambar hiasan/Bernama

SHAH ALAM: Kebanyakan kanak-kanak Melayu yang bermain mercun kerap ditimpa kecelakaan seperti kematian dan kecederaan yang serius berbanding kaum-kaum lain.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Khirudin Drahman menjelaskan, berdasarkan kes-kes sebelum ini, apabila berlaku kes letupan mercun, kanak-kanak Melayu akan mengalami kecederaan lebih teruk, malahan membabitkan kematian dan kebakaran rumah.

"Berbanding dengan kanak-kanak Cina, bila mereka main mercun ketika Tahun Baharu Cina, jarang berlaku kes letupan sehingga bawa kecelakaan. Pihak bomba jarang menerima kes pada musim perayaan mereka.

"Sebaliknya, kanak-kanak Melayu dilihat lebih 'kreatif' ketika membakar mercun. Ada yang masukkan mercun ke dalam tin, botol dan sebagainya semata-mata mahu mencari keseronokan," kata Khirudin kepada China Press.

Beliau menegaskan, permainan mercun adalah diharamkan di negara kita tidak kira dalam musim perayaan atau tidak.

Bagaimana pun, pihak bomba tidak mempunyai kuasa untuk merampas mercun sebaliknya hanya menjalankan tugas memadam kebakaran.

Katanya, untuk mengelakkan berlakunya kebakaran, adalah lebih baik tidak bermain mercun kerana kecelakaan boleh berlaku tanpa diduga.

mercun

Artikel Sebelum

Empat Didakwa Bunuh Suspek Pencabul

Artikel Berikut

Abang Dah Periksa Tayar?

Artikel Berkaitan

Maut Ketika Bermain Mercun

Lebih Artikel

Hotel di Makkah hangus dijilat api

Nala ucap selamat tinggal kepada Sala